Assalamualaikum wr wb,

Dalam usaha untuk mempertingkatkan infrastuktur serta kerja-kerja pembaikan yang lainnya, Masjid Darul Makmur masih lagi memerlukan sokongan anda bagi projek Nasi Briyani Amal 2018. Kami berharap dengan sokongan ikhlas anda, Masjid dapat memberi sesuatu yang lebih berkesan serta menjadi tempat yang lebih selesa khususnya kepada warga emas.

10,000 bungkus Nasi Briyani akan dijual bagi projek pengumpulan dana ini. Pihak masjid telah memulakan penjualan 2 set kupon Nasi Briyani Amal, dengan harga seperti berikut:

1. Nasi Briyani Daging Pack Standard: $10
2. Nasi Briyani Pack Keluarga: $50

Tarikh pengambilannya adalah pada hari Sabtu, 2 September 2018 dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari.

Untuk maklumat lanjut atau pembelian kupon, sila ke kaunter khidmat jemaah kami diaras 2.

Sila dapatkan kupon anda sekarang!